nuffnang ads

Wednesday, March 21, 2012

Peranan muslim dalam membentuk Masyarakat bertaqwa

Peranan muslim dalam membentuk masyarakat yang bertaqwa
Hadis Rasulullah S.a.W mafhumnya:setiap daripada kamu ialah pemimpin.Sebelum kita pergi lebih jauh,marilah kita mengkaji apa itu masyarakat bertaqwa.Masyarakat adalah orang-orang yang hidup bersama dan menghasilkan kebudayaan.mengikut pandangan selo sumardian,manakala maksud taqwa pula ialah kata pinjaman daripada bahasa arab yg bermaksud Maksud taqwa ialah menunaikan perkara yang diwajibkan oleh Allah ta’ala serta meninggalkan perkara yang dilarang olehNya.
Hamba Allah yang bertaqwa itu adalah mereka yang menunaikan kewajipan dan meninggalkan larangannya.
Sekiranya mereka mati dalam keadaan tersebut nescaya mereka terpelihara dari azab neraka dan akan terus dimasukan ke dalam
syurga .
Namun persoalannya,adakah kini kita hidup bersama-sama sebuah masyarakat yang bertaqwa?Lihatlah diMalaysia,betapa runcingnya gejala-gejala social,kes-kes jenayah semakin meningkat,keruntuhan akhlak,dan sebagainya.Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?kerajaan?keluarga?guru-guru disekolah?atau kita sendiri?Oleh itu,marilah kita telusuri bagaimanakah cara yang sewajarnya kita ambil untuk membentuk sebuah masyarakat yang bertaqwa.

Pertama:tugas ini perlu dipikul bermula dengan skop yang kecil iaitu keluarga.Kerana institusi Negara terbentuk melalui pembentukan keluarga terlebih dahulu.Keluarga yang bahagia dan bertaqwa kepada Allah pasti akan melahirkan impak kepada masyarakat.Jikalau kita lihat,punca utama masalah sosial di Negara kita ialah keluarga yang porak peranda.Keluarga ialah tempat pertama seseorang itu mempelajari erti kehidupan.Ini bermaksud,setiap anak-anak itu akan mempelajari apa yang ada didalam keluarga terlebih dahulu sebelum mereka di dedahkan dengan dunia luar.Bak kata pepatah,meluntur buluh biarlah dari rebunngnya.

Kedua:sudah menjadi lumrah setiap daripada kita akan sekolah.Tidak kira kini dia seorang arkitek,pemandu bas mahupun seorang pencuri,mereka pasti pernah bersekolah.Ini membuktikan bahawa peranan sekolah dan guru itu amat penting sekali.Kini hamper setiap sekolah mempunyai persatuan dakwah ataupun badan dakwah.Namun,persatuan-persatuan dakwah seperti ini harus diperkasakan lagi dengan sokongan guru-guru dan ibu-bapa samaada dari segi material mahupun sokongan moral.

Ketiga:Peranan penguatkuasa seperti polis diraja Malaysia(PDRM) diperlukan bagi membentuk masyarakat yang bertaqwa.Ini selain daripada membasmi kesalahan-kesalahan undang-undang,pihak polis juga boleh membuat kaunseling kepada pesalah-pesalah.Oleh itu,kini pihak polis telah menubuhkan satu badan iaitu BADAN KAUNSELING AGAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA(BAKAP) kerana sedar akan kepentingan-kepentingannya setelah melihat kejayaan KOR AGAMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA(KAGAT) membentuk masyarakat tentera yang bertaqwa.
Keempat:Pemimpin ialah individu yang paling berpengaruh dalam membentuk sebuah masyarakat bertaqwa.Pemimpin yang memimpin sebuah Negara akan membentuk sebuah kerajaan yang kuat untuk menjamin keamanan Negara.Setiap pemimpin akan mencorakkan kerajaan yang dipimpinnya untuk mencorakkan Negara menjadi baik mahupun sebaliknya.Jikalau kita imbas zaman kegemilangan Melaka,parameswara yang mula memimpin Melaka bukanlah beragama islam pada mulanya,namun dia Berjaya mengislahkan Negara dan rakyatnya untuk turut serta memeluk islam bersamanya.Kita lihat pula pada zaman pemerintahan Dato`Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah cuba mengislahkan rakyat dengan memperkenalkan Islam Hadhari.Selain ItU,di Kelantan telah menampakkan kejayaan membentuk sebuah masyarakat yang bertaqwa olah kerajaan negeri pimpinan Dato` Bentara Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kelima:Peranan pendakwah-pendakwah islam diperlukan juga pada masa kini.Bahkan Masyarakat memerlukan mereka dengan keperluan yang utama.Kita Dapat Lihat ustaz-ustazah ini sudah hangat umpama goreng pisang panas di pasaran kini.Pendekatan dakwah-dakwah yang dilakukan oleh para pendakwah ini kadang-kadang memberi kesan yang paling mendalam kepada Mayarakat.Sebagai contoh ustaz fathul bari,ustaz zamri zainuldin,ustaz zahazan Mohamed dan ustaz zaharuddin telah mewujudkan satu fenomena baru dalam dunia dakwah.

Kesimpulannya:setiap daripada kita mempunyai peranan dalam membentuk masyarakat yang bertaqwa.Ini kerana setiap daripada kita adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai apa yang kita pimpin(mafhum hadis).Bermula daripada skop yang kecil hingga lah kepada yang besar.Sabda Rasulullah:barangsiapa diantara kamu melihat kemungkaran,maka ubahlah dengan tangan(kuasa),jikalau tidak mampu ubahlah dengan lisan,jikalau tidak mampu ubahlah dengan hati,dan itulah selemah-lemah Iman.

No comments:

Post a Comment