nuffnang ads

Tuesday, September 25, 2012

KEHIDUPAN BARU KINI BERMULA

Sudah genap setahun aku bergelar pelajar yarmouk university of jordan.Selama setahun aku bersusah payah di jordan dengan masalah air,masalah rumah,masalah duit,masalah untuk berkomunikasi masa jadi budak junior dulu,ku dikejutkan dengan satu sms yang berbunyi `TAHNIAH LAH DAPAT MADINAH`. Namun,sms tersebut aku endahkan sahaja,kerana orang yang menghantar sms itu bagiku tidak la thiqoh mana,mungkin dia saja nk menyakat aku. Kemudian wall facebook aku pula di post oleh seorang kawan link penerimaan pelajar ke universiti islam madinah tersebut.Apabila aku melihatnya, akhirnya aku yakin nama SHAHRIL BIN MOHAMAD didalam senarai pelajar yang diterima masuk ke madinah itu adalah nama aku. Namun,berita gembira bagi kebanyakan orang itu tidak la gembira bagi aku.Ini kerana aku sudah mencintai negara jordan dan kehidupan di sana.Menjadi sukar bagiku untuk membuat keputusan.

Orang pertama yang aku bertanya kan pendapat tentu sekali parent,gaya mereka memang menggalakkan aku pergi.Alasan utama mereka ialah biasiswa yang ditawarkan kerajaan arab saudi kepada pelajar-pelajar yang diterima masuk memang agak menyenangkan kita. Disamping itu pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang aku jumpa pun berpandangan yang sama.

Berbeza pula dengan orang-orang muda yang aku jumpa,kebanyakannya mahasiswa. Soalan yang wajib mereka akan tanya ialah.`kau nak jadi wahabi ke`? `kau nak masuk umno ke`?.. Ada dikalangan mereka memberi pendapat untuk aku tidak ke madinah ialah kerana sebab tersebut. Bagi aku itu bukan sebab yang kuat untuk aku jadikan ia sebagai punca utama jika aku tidak ke madinah. Dalam fatrah dilema itu, aku selalu la post2 status kt facebook,aku rasa yakin ramai dah menyampah bila baca.Namun,aku tertarik dengan satu komen oleh seorang ustaz PHD di amman jordan, beliau komen,`menjadi tradisi ulama` silam banyak tempat menuntut ilmu`.. aku baca komen itu rasa macam terkesan sangat.

Dijordan,aku tak pernah fikir nak jadi ulama`,nak menyebarkan agama islam,nak jadi seorang pendakwah,nak jadi `ustaz`ke.. `pegawai agama` ke.. Aku cuma fikir aku nak score exam ja setiap semester.Aku akan cuba sedaya upaya nak dapat markah yang tinggi dalam peperiksaan.Aku langsung tak pernah terfikir dan balik malaysia nanti nak bawa ilmu yang banyak.Mungkin aku dah banyak lari dari tujuan asal aku belajar agama time aku sekolah menengah dulu. Bila sudah sampai di universiti aku semakin jauh dengan niat asal aku bila aku semakin berilmu.Keseronokan aku untuk berjaya dalam peperiksaan bermula apabila ada subjek yang aku dapat rendah,ada subjek yang aku dpt tinggi, aku sedaya upaya nak meninggikan markah semua subjek.Sehinggakan kelas-kelas talaqqi dah jarang pergi,ceramah-ceramah di masjid universiti dah jarang hadir sebab sebuk je study kat rumah dan perpustakaan.

Bila aku beristikharah,aku fikir ada hikmahnya Allah pilih aku ke bumi nabinya.Setelah dua tahun permohonan aku ke sana menyepi,tiba-tiba ia muncul dengan tidak disangka-sangka.Aku fikir ada baiknya aku berhijrah,mungkin rezeki aku disana,bukan di jordan.Mungkin disana Allah dah sediakan yang lebih baik untuk aku daripada di jordan.Selama hidup aku berjaya daripada PMR,SPM dan STAM pun semuanya hasil rezeki Allah kepada aku,jika nak dibandingkan dengan usaha aku memang tidak layak untuk berjaya dalam hidup.Oleh yang demikian,aku yakin kejayaan aku yang seterusnya ialah di universiti islam madinah.Aku bertekad untuk meneruskan pengajian dalam bidang syariah dan menjadi seorang ulama` yang tidak akan memfobiakan islam dengan fatwa hukum-hukum yang syadid,aku ingin membela agama Allah,aku ingin melontarkan idea-idea yang matang demi kesejahteraan islam,aku ingin berdebat dengan ustaz-ustaz yang aku tidak berapa setuju dengan idea-idea mereka,aku ingin mudahkan manusia untuk memahami islam dan mendekati pencipta mereka.Kini bermula langkah aku sebagai seorang pelajar universiti islam madinah. Aku pasti dihadapan aku ada bermacam jenis dugaaan dan cubaan,mohon doa semua,agar diri ini tetap berada dijalannya,moga thabit dengan ilmu yang dimiliki

2 comments:

  1. ''aku rasa yakin ramai dah menyampah bila baca''

    haha, btw, bittaufeeq, moga segala yg diazam dan dicatak-citakan itu kan tercapai ^^,
    -sahabat-

    ReplyDelete