nuffnang ads

Sunday, January 16, 2011

orang bertanya:tidakkah ibadat dalam islam nampaknya membebankan?Tengok orang beragama Hindu atau Kristian,ibadat mereka hanya sekali sekala atau seminggu sekali.MARI KITA SELESAIKAN SALAH FAHAM INI.

JAWAPAN:Ibadat dalam islam ialah TANDA PENGABDIAN DIRI kepada Allah.Ia bertitik tolak daripada tahap keimanan seseorang.Kalau iman kuat,ibadat akan dilakukan dengan mudah.

Ibadat dalam islam boleh dibahagikan kepada dua iaitu IBADAT KHUSUS dan IBADAT UMUM.IBADAT KHUSUS merangkumi solat,puasa,zakat,haji dan sebagainya.Manakala IBADAT UMUM pula ialah setiap amalan yang diniatkan kerana Allah.Bekerja mencari rezeki adalah ibadat jika kerjanya halal dan niat kerana Allah.Aktiviti sosial juga adalah ibadat.

Tanggapan bahawa ibadat dalam islam membebankan perlu diteliti dengan wajar.Asasnya agama bukanlah perkara yang membebankan inilah yang disebut dalam Alquran:
MAKSUDNYA:dan Allah tidak menjadikan kamu dalam agama daripada kesempitan(surah ALhajj:78)

Setiap ibadat sudah pasti mempunyai hikmah yang tersendiri.Sebagai contoh:wuduk dimana kita perlu MEMBASUH MUKA,TANGAN,KEPALA DAN KAKI ada hikmahnya.Jika tiada air maka diharuskan bertayammum.Adakah tujuannya menyusahkan?Ada hikmahnya iaitu agar kebersihan sentiasa menjadi pakaian seorang muslim.

firman Allah,MAKSUDNYA:Allah tidak menghendaki untuk menjadikan atas kamu daripada kesempitan tetapi Allah mahu membersihkan kamu.(surah Almaidah 6)

Sebenarnya ibadat boleh dilakukan dimana-mana sahaja.Solat seumpamanya boleh ditunaikan dimasjid,dirumah,dipejabat,malah boleh juga dipadang bola.Asalkan tempat itu bersih,itu sudah memadai.

Puasa tidak menghalang seseorang untuk terus bekerja,bermain,dan sebagainya.Zakat hanya diwajibkan bagi seseorang yang cukup nisabnya.Maknanya orang yang ada ada sedikit harta barulah dikenakan zakat.Haji pula bukannlah setiap tahun,tetapi wajib sekali seumur hidup.Itu kalau ada kemampuan.Jika tidak maka belumlah ada lagi kewajipan haji.

Dalam Islam,ibadat mempunyai waktunya.Solat ialah rukun islam yang kedua.Untuk menunaikan solat,bukannya payah dan susah.Lima minit sudah mencukupi untuk satu solat.Bayangkan satu hari mempunyai 24 jam,kita hanya memerlukan 25 minit sahaja untuk solat.Satu jumlah yang amat sedikit.

Waktu solat juga begitu fleksibel dan anjal.Pagi untuk solat subuh.Sampai tengah hari,barulah ada solat Zuhur.Biasanya waktu itu memang waktu rehat.Kemudian ada solat Asar.

Begitulah seterusnya,Solat bukan sahaja boleh ditunaikan pada awal waktu,tetapi boleh juga dilewatkan tetapi mestilah dalam kerangka waktunya.KALAU SIBUK dan hanya boleh menunaikan solat zuhur jam 3 petang,SILAKAN~

Ketika berjalan jauh atau bermusafir,solat boleh diringkaskan daripada 4 rakaat menjadi dua rakaat.Ia diistilahkan sebagai qasar.Ada masanya solat boleh dihimpunkan antara zuhur dengan Asar,Maghrib dengan Isyak.Istilahnya ialah Jamak.Ada masanya boleh qasar dan jamak.

Puasa hanya difardhukan dalam bulan Ramadan sahaja.itu bermakna setahun hanya sebulan sahaja.Itupun sekadar siangnya sahaja.Bukan sepanjang hari.Bahkan puasa sendiri diakui mempunyai manfaat yang besar kepada kesihatan tubuh.Kalau begitu,dimana sebenarnya bebanan dalam ibadat.Mungkin ada orang yang sakit dan tidak mampu berpuasa.Dalam hal ini,Quran menyatakan:
MAKSUDNYA:maka sesiapa yang antara kamu sakit atau bermusafir,maka(gantilah) beberapa hari yang lain.(surah Albaqarah:184)

Sebagai tambahan,jika kita sesama manusia,ada yang baik sangat dengan kita tentunya kita akan sentiasa mengucapkan terima kasih kepada segala kebaikannya.Kita mesti terhutang budi dan ingin sesekali membalas kebaikannya.Begitu juga kita dengan Allah.Pelbagai nikmat kita perolehi daripada Allah.Kita boleh hidup dengan mata untuk melihat,telinga untuk mendengar,kaki untuk berjalan,menghirup oksigen yang Allah beri,dan macam-macam lagi nikmatnya.Jika kita nak kira nikmat Allah,Pasti kita tak kn mampu.Oleh itu,ibadat dalam islam boleh diibaratkan sebagai tanda terima kasih kita kepada Allah atas segala nikmat yang diberiNYA.

KESIMPULANNYA,IBADAT DALAM ISLAM TIDAK MENYUSAHKAN DAN TIDAK MEMBEBANKAN.YANG MENYUSAHKAN DAN MEMBEBANKAN APABILA KITA YANG MENYUSAHKAN AJARAN ISLAM YANG MUDAH ITU SENDIRI.

No comments:

Post a Comment