SEBAB GANGGUAN SYAITAN....
1)PERMUSUHAN SYAITAN DGN MANUSIA
sebab ini berpunca dari JIN yang kufur dan SYAITAN kerana perasaan permusuhan yang bermula dari zaman NABI ADAM a.s. sehinggalah ke hari kiamat.SYAITAN berusaha untuk menghancurkan kehidupan manusia dengai pelbagai cara.Diantaranya menganggu manusia dengan pelbagai penyakit agar mereka bermusuhan sesama sendiri dan bercerai berai.
TANDA2 TERKENA GANGGUAN INI:
1)rasa sempit dada(tertekan) terutama di waktu malam.
2)suka menyendiri
3)menjadi pelupa
4)rasa lemah dan malas
5)ketakutan yang tidak normal
6)perasaan marah kepada orang yang disekitaarnya dan banyak buruk sangka
7)selalu sakit kepala(bukan dari penyakit yg dinyatakan doktor)
8)berpeluh ketika tidur
9)mengalami mimpi yang menakutkan
2)MENDORONG HAWA NAFSU
iaitu syaitan membisikkan kepada manusia agar menurut hawa nafsu dengan melakukan maksiat,atau syaitan membisikkan kepada seseorang agar mengajak orang lain melakukan maksiat.
syaitan tergolong kepada JIN dan manusia,ada jin yang menjadi syaitan dan ada juga manusia yang menjadi syaitan.Ini dinyatakan dalam surah AL AN`AM 112.
Dinamakan syaitan manusia kerana mereka tidak mahu kepada kebenaran,malahan mengajak orang lain agar menderhaka kepada Allah.Mereka menghalang orang lain daripada kebenaran islam dan mahu menghancurkan mereka yang berpegang teguh kepada ajaran islam.ianya sama dengan apa yg dilakukan oleh JIN.
TANDA-TANDA MANUSIA YANG DISESATKAN OLEH SYAITAN DENGAN HAWA NAFSU:
1)Tidak mahu berzikir mengingati Allah.
2)sukakan maksiat dan mengajak orang lain melakukannya
3)gembira dengan maksiat yang dilakukan
4)benci beribadah dan menjauhi daripadanya
5)benci kepada orang yg berdakwah kepada jalan ALLAH.
6)cerdas berfikir dalam perkara maksiat
7)fikiran menjadi lembap memikirkan kebaikan
8)suka mendamping ahli maksiat dan fasiq,malahan berasa tenang bersama mereka
9)benci mendampingi orang2 yg soleh malahan berasa rimas bersama mereka.
10)banyak meragui kekuasaan dan kewujudan Allah.
11)tidak tenang apabila berseorangan
12)sering diserang ketakutan tanpa punca
alhmdulillah..post yang bagus!!in;ALLAH..truskan menulis untuk ummah..
ReplyDelete