nuffnang ads

Tuesday, April 19, 2011

indahya akhlak nabi..~

diriwayatkan telah datang seorang makcik kepada Rasulullah dgn membawa beberapa biji limau...selepas itu makcik itu bagi la kepada Rasulullah..Rasulullah pun memakannya...dn Rasulullah senyum je pada makcik tersebut.Selepas itu,makcik itu bagi lagi..Rasulullah pun makan lg dn tersenyum.Kemudian makcik tu bagi lg dn Rasulullah pun makan lg dan tersenyum.Sahabat pun menjadi hairan,timbul la persoalan dijiwa para sahabat,selalunya Rasulullah kalau makan mesti ajak sahabat sekali..ni tidak,Rasulullah makan semua limau2 yg diberikan makcik itu dengan senyuman kepada makcik tersebut.Apabila makcik tersebut beredar,Rasulullah pun menerangkan sebab baginda tidak mngajak para sahabat makan limau2 makcik tersebut bersamanya..Wahai sahabatku,aku tidak mempelawa kamu untuk makan bersama aku limau2 itu kerana rasanya sungguh masam..aku khuatir kamu akan memarahi makcik tersebut kerana sengaja berbuat demikian..

p/s:lihatlah..Rasulullah mgukirkan senyuman ketika makan limau2 yg masam diberikan makcik itu kerana untuk menjaga hati makcik itu..Rasulullah mengelakkan para sahabat daripada makan limau yang masam itu...dan juga cube sedaya upaya untuk mgelakkan perasaan tidak puas hati jika sahabat2 makan limau tersebut...inilah yang dikatakan..kemuliaan budi pekerti Rasulullah..JIKA KITA INGIN MERASAKAN KETENANGAN,BERILAH KETENANGAN TERSEBUT KEPADA ORANG LAIN...~

No comments:

Post a Comment