terasa sebak mendengar khabar buruk saudara2 ku di syiria..terasa jiwa ku kini sudah tiada lagi dijordan..bahkan di syiria..terasa tidak sanggup untuk play video2 diyoutube berkaitan dengan kekejaman basyar al asad terhadap rakyatnya...mengikut doktor ku..basyar al-asad itu bukannya islam..tetapi kafir yang sengaja masuk kedalam syiah..Ya Allah..bantulah hamba2 mu iaitu saudara2 seislam ku disyiria ya Allah..hanya doa je mampu dikirim setakat ini..qunut nazilah yang menjadi amalan setiap solat fardhu..ya Allah..jikalau pada zaman ku habis belajar nanti..jika malaysia ingin menghantar skot2 PBB ke negara2 yang bergolak..aku lah orang pertama yang akan menawarkaN diri..ya Allah..aku cintakan syahid..dengar sini kepada sesiapa yang bakal menjadi isteri ku kelak..bakal suami mu ini bercita2 ingin menjadi pegawai tentera..thats why i dtg jordan nk mantapkan bahasa arab..dan bakal suami mu ini ingin berjuang sedaya upaya untuk menyertai misi PBB...dan sedaya upaya ingin membantu ummat2 islam dalam misi PBB itu nanti..biar bertaruh nyawa sekali pun..kerana aku sudah biasa hidup senang sepanjang menuntut ilmu ini..biarlah aku berkorban jiwa raga demi keturunan2 mereka2 yang hari ini aku hanya lihat kerebahan mereka dengan lumuran darah di bumi yang dihujani peluru2 buta...jikalau anda sanggup berkemungkinan menjadi janda..anda lah yang saya cari..kerana saya seorang tentera Allah..tanggungjawab saya besar...saya ingin menjadi pegawai tentera kerana saya cintakan syahid...Allah tidak tanya kejayaan kite..tetapi Allah akan tanye usaha kita..ayah saya mungkin sudah terlepas daripada itu kerana ia sudah berjuang menyertai misi pbb selama setahun di western sahara yg pada ketika itu peperangan saudara..tetapi saya???adakah saya dpt menjawab persoalan diakhirat nanti tentang sumbangan saya terhadap saudara2 seislam saya???ya Allah...tekadkan aku ya Allah..matikan aku dalam syahid...aku lah `saifullah` yang merindukan syahid...semoga kau mempertemukan daku dengan insan yang sanggup menjaga keluarga ku disaat ku syahid nanti...:-)
emosi yang tidak dapat dibendung lagi malam ni;-(
nuffnang ads
Thursday, February 9, 2012
Monday, February 6, 2012
Cabaran menuntut ilmu
Assalamualaikum....sebelum meneruskan lagi coretan kali ini..marilah kita merenung sebuah peribahasa,`jikalau tak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya`.Peribahasa ini saya kira amat sesuai dengan situasi semua orang yg mengimpikan kejayaan dalam hidupnya.Sebagai seorang mahasiswa,saya amatlah berpegang teguh dengan peribahasa ini.Sudah menjadi lumrah bahawa tiada kejayaan yang datang bergolekkan.Secara jujurnya,pengalaman saya semester yang lepas,memang mencabar.Saya dalam tempoh menyesuaikan diri di perantauan dengan terpaksa berusaha keras demi mencapai pointer yang baik dalam semester lepas akhirnya kecundang dengan emosi apabila tiba musim peperiksaan.Diantara sebabnya adalah kerana faktor stress akibat terlalu mengejar pointer..sehingga pada satu tahap saya sudah tiada minat untuk belajar kerana pada ketika itu susah betul otak saya nk copy maklumat dalam kitab2 arab yang sukar untuk difahami bahasanya..Akhirnya,saya baru teringat,tentang sebuah hadis yg mafhumnya:barangsiapa yang mengutamakan akhirat,maka dunia akan ikut serta,.Mengikut kitab fiqh sirah karangan dr said Ramadhan Al-buty..katanya seorang muslim mesti memperuntukkan masa untuk die bertafakkur yakni berfikir tentang dosanya..tentang apa yg harus dibuat dan penyelesaian masalah2nya.Ia berkaitan dengan peristiwa nabi Muhammmad yg bersendirian di gua hira`.Selepas saya memberi makan ROHANI saya dengan makanan yang secukupnya barulah jiwa terasa tenang dan Alhamdulillah kheir semuanya.Disini saya inigin selitkan sedikit maklumat bahawa dengan banyaknya sujud sel2 otak kita akan menjadi aktif dan mudah untuk menerima maklumat dan sebahagian besar faktor mudah memahami maklumat ialah JIWA YANG TENANG.Alhamdulillah result semester saya yang lepas mantap la jgk...syukur pada Allah..:-)..Kemudian Semester yang baru kini muncul,hari-hari pertama semester dah kena dugaan...dugaannya tiadalah besar mana..sepanjang perjalanan ke kuliah bahasa arab...sepanjang itu lah di BAHAN oleh pemuda-pemuda arab..saya hanya mampu tersenyum dan berkata yang baik-baik..sehingga sampai di pintu kuliah..FUHH lega...tetapi.......KELAS TAK DA....kosong je kelas..doktor tak masuk hari tu...selepas itu dengan perasaan penuh kecewa balik la ke rumah...tetapi dengan ikut jalan lain..sebab teringat gak ada hadis mafhumnya:seorang muslim yang baik tak kan jatuh lubang buat kali kedua`.so tak kan saya nak kena bahan lg kot..saya pun ikut la jalan lain..saya ade sejarah jugak dengan arab ni..gaduh2 itu perkara biasa...tapi saya dah insafkan..nak jadi budak baik semester ini...hihi..ok...semoga jumpa lagi..yg baik jadikan pedoman..yang buruk jadikan sempadan...selamat beramal dengan asas pedoman hidup muslim..:-)
Friday, February 3, 2012
maulidurrasul~
Assalamualaikum buat semua dan salam maulidurrasul.Hari 12 rabiulawal merupakan besday seorang individu yang paling kita cintai iaitu nabi muhammad s.a.w.Marilah kita berselawat kepada baginda tanda cinta kita kepadanya.Namun haruslah kite bermuhasabah,sejauh manakah kita telah mengikuti sunnah-sunnah baginda?adakah kita layak untuk bergelar ummat baginda yang terbaik.Cube kita renung dalam-dalam diri kita.adakah cara hidup kita diredhai baginda?kadang-kadang benda yang terlampau ringkas dan senang diajar baginda pun kita tidak beramal dengannya..sebagai contoh:DOA KELUAR TANDAS DAN MASUK TANDAS..berapa ramai yang istiqomah dengannya?itu sunnah yang mudah la saya kira..dari segi kebersihan..yang kita maklumi nabi s.a.w seorang yang pembersih.adakah kita yakin rasulullah akan berpuas hati bile die melihat kebersihan bilik kita?dapur kita?tandas kita?jujur saya cakapkan..mungkin persekitaran kita tak mengajar kita untuk jadi permbersih...kadang-kadang faktor kawan dengan orang pengotor..duduk dinegara yang ambil ringan pasal sampah ni..contoh saya belajar dijordan..kebersihan jordan lebih teruk jika nak dibandingkan di Malaysia..sampah sarap melambak2..tapi adakah itu semua penghalang terbesar CINTA kita kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a,w?kalau kita cintakan seseorang..kita sanggup lakukan apa sahaja untuk dia kn...`lautan api sanggup direnangi la bagai`..untuk Rasulullah apa pula kesanggupan kita bukti cinta kita padanya?adakah dengan join perakan maulidurrasul setiap tahun?adakah dengan selawat banyak-banyak pada hari maulidurrasul..adakah cuma ckp saya cintakan rasulullah sahaja?itu sudah memadai ke?oh no...anda semua tersilap...marilah kite muhasabah...kite koreksi diri kita..try buat sunnah2 yg mudah yang sudah lama kita tinggalkan itu..bagi saya..mula lah dengan KEBERSIHAN..itu perkara mudah..kerana kebersihan itu lah asas pada ibadat..tk sah solat tanpa wuduk kn?tak sempurna hidup kita jika kita tak cuba jd pembersih mcm Rasulullah...setelah kebersihan kita mantap..barulah kita boleh cuba tiru kepimpinan nabi...keadilan nabi dan benda-benda yg lain...MARILAH KITA BETULKAN DIRI KITA BERSEMPENA MAULIDURRASUL INI...SEMOGA BERMANFAAT UNTUK KITA SAMPAI BILA-BILA..SABDA RASULULLAH...KEATAS MU SUNNAH KU..;-)
Thursday, December 29, 2011
LAWAK
Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah s.a.w bergurau dengan seorang wanita tua.
Wanita itu berkata baginda, “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab, “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis. Baginda s.a.w bersabda: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman, “Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.” (H.R. Tirmizi dan Al-Baihaqi)
Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata, “ Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami.” Baginda menjawab: “Ya, aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.” (H.R. Tirmizi dan Ahmad)
Di sini, Dr. Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yang perlu dipatuhi dalam bergurau senda:
Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.
Nabi s.a.w bersabda: “Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.” (H.R. Ahmad dan Ad-Darimi)
Nabi s.a.w bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” (H.R. Abu Daud, Tirmidzi dan An-Nasai’e)
Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.
Firman Allah: “Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… “ (Al-Hujarat, 49:11)
Nabi saw bersabda: “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (H.R. Muslim)
Termasuk dalam menghina ialah dengan meniru perbuatan orang lain.
Aisyah r.a berkata, “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.” (H.R. Ahmad dan Baihaqi)
Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.
Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah s.a.w dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.” (H.R. Thabrani)
Nabi s.a.w bersabda: “Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak ataupun betul-betul.” (H.R. Ahmad)
Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.
Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi s.a.w bersabda: “Tiga perkara yang mana diambil hukumnya sama ada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah, 2. Cerai, 3. Membebaskan hamba.” (H.R. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Sesungguhnya Allah telah mencela orang-orang musyrikin yang ketawa ketika mendengar Al-Quran. Firman Allah swt: “Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.” (An-Najm, 53:59-61)
Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.
Nabi s.a.w bersabda: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (H.R. Ahmad dan Ibu Majah)
Saidina Ali r.a: “Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”
Said bin al-‘As berkata: “Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadapmu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang-orang yang hendak bermesra dan menyebabkan orang-orang yang berdamping denganmu berasa rimas.”
Sumber: Zaharuddin.net
Sunday, April 24, 2011
duit oh duit..jom kita cari duit,,,,,
assalamualaikum para pembaca blog saya yg ringkas ni...ringkas senang nk dpt pengisian..biarpun sedikit...tapi bermanfaat..post kali ni saya nak sentuh sedikit isu duit...sebut duit..mesti mahu masyukkk kn...hehe..oleh kerana dah wujud mcm2 perniagaan di internet..ramai yang dah jadi jutawan internet...syabas diucapkan...namun,saya nk menyentuh sedikit tentang bisnes on9 di FACEBOOK..saya ada juga bertanya kepada kawan saya yang telah meyertai bisnes on9 facebook tersebut..saya cakap bisnes jual barang apa tu..dia cakp `entahla`..eh macam mane boleh dpt byk duit...saya tnya..die jwb..`saya ikut aje..`..wah senangnya jawapannya..asalkan masyuk.semua ikut aje...yang saya tk puas hati..dia boleh tk tahu macam mane duit itu dihasilkan...bagaimana kitaran perniagaannya sehingga tehasilnya keuntungan berlipat ganda..oh...adakah anda semua pasti tiada unsur riba`..adkah anada pasti tiada unsur syubhah...adakah anda pasti tiada unsur penipuan..fikirkan lah umat islam semua..keberkatan hidup keluarga anda..diri anda dn keturunan anda semua bermula dari anda...kalu nk jadi kaya..ikut lah jalan yang tiada keraguan..ramai yang dh jadi jutawan dgn internet mgikut cara yang HALAL...tiada riba`,..tiada keraguan..tiada syubhah..,tiada penipuan...RENUNGKANLAH~
Thursday, April 21, 2011
jom perbaharui iman kita......~
Assalamualaikum..mesti semua pernah dengarkan hadis yang menyatakan bahawa iman manusia itu sekejap naik..sekejap turun...betul tak>hehe..Sebagai manusia yang bersifat dengan sifat NISYAN atau lupa..dah menjadi lumrah la tu kan...bak kata DR Mahathir..`melayu mudah lupa`..sebenarnya bukan melayu sahaja...malah seluruh manusia mudah lupa...bani israel sebagai contoh..lupa kepada Allah...sedangkan mereka banyak sejarahnya...Kita merujuk kembali kepada tajuk kita diatas itu,sebenarnya Rasulullah sudah mengajar kita ummatnya bagaimana kita nak memperbaharui iman kita setelah melalui proses naik turun tersebut...Sabda Rasulullah yg mafhumnya,perbaharuilah iman kamu dgn myebut la ila ha illallah...(TIADA TUHAN SELAIN ALLAH)..mudah bukan...tapi masa perlaksanaan tu..hati kita kena mainkn peranan penting...pertama cuba pejamkan mata..dan sebutlah dgn penuh rasa kehambaan..TIADA TUHAN SELAINMU YA ALLAH...rasa kita ni sebagai hamba yang hina...tanpa Allah kita apa pun tk boleh...semua Allah yang berkuasa..SELAMAT MENCUBA....
Tuesday, April 19, 2011
indahya akhlak nabi..~
diriwayatkan telah datang seorang makcik kepada Rasulullah dgn membawa beberapa biji limau...selepas itu makcik itu bagi la kepada Rasulullah..Rasulullah pun memakannya...dn Rasulullah senyum je pada makcik tersebut.Selepas itu,makcik itu bagi lagi..Rasulullah pun makan lg dn tersenyum.Kemudian makcik tu bagi lg dn Rasulullah pun makan lg dan tersenyum.Sahabat pun menjadi hairan,timbul la persoalan dijiwa para sahabat,selalunya Rasulullah kalau makan mesti ajak sahabat sekali..ni tidak,Rasulullah makan semua limau2 yg diberikan makcik itu dengan senyuman kepada makcik tersebut.Apabila makcik tersebut beredar,Rasulullah pun menerangkan sebab baginda tidak mngajak para sahabat makan limau2 makcik tersebut bersamanya..Wahai sahabatku,aku tidak mempelawa kamu untuk makan bersama aku limau2 itu kerana rasanya sungguh masam..aku khuatir kamu akan memarahi makcik tersebut kerana sengaja berbuat demikian..
p/s:lihatlah..Rasulullah mgukirkan senyuman ketika makan limau2 yg masam diberikan makcik itu kerana untuk menjaga hati makcik itu..Rasulullah mengelakkan para sahabat daripada makan limau yang masam itu...dan juga cube sedaya upaya untuk mgelakkan perasaan tidak puas hati jika sahabat2 makan limau tersebut...inilah yang dikatakan..kemuliaan budi pekerti Rasulullah..JIKA KITA INGIN MERASAKAN KETENANGAN,BERILAH KETENANGAN TERSEBUT KEPADA ORANG LAIN...~
p/s:lihatlah..Rasulullah mgukirkan senyuman ketika makan limau2 yg masam diberikan makcik itu kerana untuk menjaga hati makcik itu..Rasulullah mengelakkan para sahabat daripada makan limau yang masam itu...dan juga cube sedaya upaya untuk mgelakkan perasaan tidak puas hati jika sahabat2 makan limau tersebut...inilah yang dikatakan..kemuliaan budi pekerti Rasulullah..JIKA KITA INGIN MERASAKAN KETENANGAN,BERILAH KETENANGAN TERSEBUT KEPADA ORANG LAIN...~
Subscribe to:
Posts (Atom)


