nuffnang ads

Thursday, December 29, 2011

LAWAK

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah s.a.w bergurau dengan seorang wanita tua.
Wanita itu berkata baginda, “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab, “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis. Baginda s.a.w bersabda: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman, “Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.” (H.R. Tirmizi dan Al-Baihaqi)
Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata, “ Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami.” Baginda menjawab: “Ya, aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.” (H.R. Tirmizi dan Ahmad)
Di sini, Dr. Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yang perlu dipatuhi dalam bergurau senda:
Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.
Nabi s.a.w bersabda: “Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.” (H.R. Ahmad dan Ad-Darimi)
Nabi s.a.w bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” (H.R. Abu Daud, Tirmidzi dan An-Nasai’e)
Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.
Firman Allah: “Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… “ (Al-Hujarat, 49:11)
Nabi saw bersabda: “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (H.R. Muslim)
Termasuk dalam menghina ialah dengan meniru perbuatan orang lain.
Aisyah r.a berkata, “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.” (H.R. Ahmad dan Baihaqi)
Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.
Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah s.a.w dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.” (H.R. Thabrani)
Nabi s.a.w bersabda: “Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak ataupun betul-betul.” (H.R. Ahmad)
Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.
Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi s.a.w bersabda: “Tiga perkara yang mana diambil hukumnya sama ada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah, 2. Cerai, 3. Membebaskan hamba.” (H.R. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Sesungguhnya Allah telah mencela orang-orang musyrikin yang ketawa ketika mendengar Al-Quran. Firman Allah swt: “Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.” (An-Najm, 53:59-61)
Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.
Nabi s.a.w bersabda: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (H.R. Ahmad dan Ibu Majah)
Saidina Ali r.a: “Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”
Said bin al-‘As berkata: “Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadapmu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang-orang yang hendak bermesra dan menyebabkan orang-orang yang berdamping denganmu berasa rimas.”
Sumber: Zaharuddin.net

Sunday, April 24, 2011

duit oh duit..jom kita cari duit,,,,,

assalamualaikum para pembaca blog saya yg ringkas ni...ringkas senang nk dpt pengisian..biarpun sedikit...tapi bermanfaat..post kali ni saya nak sentuh sedikit isu duit...sebut duit..mesti mahu masyukkk kn...hehe..oleh kerana dah wujud mcm2 perniagaan di internet..ramai yang dah jadi jutawan internet...syabas diucapkan...namun,saya nk menyentuh sedikit tentang bisnes on9 di FACEBOOK..saya ada juga bertanya kepada kawan saya yang telah meyertai bisnes on9 facebook tersebut..saya cakap bisnes jual barang apa tu..dia cakp `entahla`..eh macam mane boleh dpt byk duit...saya tnya..die jwb..`saya ikut aje..`..wah senangnya jawapannya..asalkan masyuk.semua ikut aje...yang saya tk puas hati..dia boleh tk tahu macam mane duit itu dihasilkan...bagaimana kitaran perniagaannya sehingga tehasilnya keuntungan berlipat ganda..oh...adakah anda semua pasti tiada unsur riba`..adkah anada pasti tiada unsur syubhah...adakah anda pasti tiada unsur penipuan..fikirkan lah umat islam semua..keberkatan hidup keluarga anda..diri anda dn keturunan anda semua bermula dari anda...kalu nk jadi kaya..ikut lah jalan yang tiada keraguan..ramai yang dh jadi jutawan dgn internet mgikut cara yang HALAL...tiada riba`,..tiada keraguan..tiada syubhah..,tiada penipuan...RENUNGKANLAH~

Thursday, April 21, 2011

jom perbaharui iman kita......~

Assalamualaikum..mesti semua pernah dengarkan hadis yang menyatakan bahawa iman manusia itu sekejap naik..sekejap turun...betul tak>hehe..Sebagai manusia yang bersifat dengan sifat NISYAN atau lupa..dah menjadi lumrah la tu kan...bak kata DR Mahathir..`melayu mudah lupa`..sebenarnya bukan melayu sahaja...malah seluruh manusia mudah lupa...bani israel sebagai contoh..lupa kepada Allah...sedangkan mereka banyak sejarahnya...Kita merujuk kembali kepada tajuk kita diatas itu,sebenarnya Rasulullah sudah mengajar kita ummatnya bagaimana kita nak memperbaharui iman kita setelah melalui proses naik turun tersebut...Sabda Rasulullah yg mafhumnya,perbaharuilah iman kamu dgn myebut la ila ha illallah...(TIADA TUHAN SELAIN ALLAH)..mudah bukan...tapi masa perlaksanaan tu..hati kita kena mainkn peranan penting...pertama cuba pejamkan mata..dan sebutlah dgn penuh rasa kehambaan..TIADA TUHAN SELAINMU YA ALLAH...rasa kita ni sebagai hamba yang hina...tanpa Allah kita apa pun tk boleh...semua Allah yang berkuasa..SELAMAT MENCUBA....

Tuesday, April 19, 2011

indahya akhlak nabi..~

diriwayatkan telah datang seorang makcik kepada Rasulullah dgn membawa beberapa biji limau...selepas itu makcik itu bagi la kepada Rasulullah..Rasulullah pun memakannya...dn Rasulullah senyum je pada makcik tersebut.Selepas itu,makcik itu bagi lagi..Rasulullah pun makan lg dn tersenyum.Kemudian makcik tu bagi lg dn Rasulullah pun makan lg dan tersenyum.Sahabat pun menjadi hairan,timbul la persoalan dijiwa para sahabat,selalunya Rasulullah kalau makan mesti ajak sahabat sekali..ni tidak,Rasulullah makan semua limau2 yg diberikan makcik itu dengan senyuman kepada makcik tersebut.Apabila makcik tersebut beredar,Rasulullah pun menerangkan sebab baginda tidak mngajak para sahabat makan limau2 makcik tersebut bersamanya..Wahai sahabatku,aku tidak mempelawa kamu untuk makan bersama aku limau2 itu kerana rasanya sungguh masam..aku khuatir kamu akan memarahi makcik tersebut kerana sengaja berbuat demikian..

p/s:lihatlah..Rasulullah mgukirkan senyuman ketika makan limau2 yg masam diberikan makcik itu kerana untuk menjaga hati makcik itu..Rasulullah mengelakkan para sahabat daripada makan limau yang masam itu...dan juga cube sedaya upaya untuk mgelakkan perasaan tidak puas hati jika sahabat2 makan limau tersebut...inilah yang dikatakan..kemuliaan budi pekerti Rasulullah..JIKA KITA INGIN MERASAKAN KETENANGAN,BERILAH KETENANGAN TERSEBUT KEPADA ORANG LAIN...~

Tuesday, February 22, 2011

SYAITAN MUSUH ORG BERIMAN...DAN AKAN CUBA MENGANGGU UNTUK MENYESATKAN KITA.

SEBAB GANGGUAN SYAITAN....

1)PERMUSUHAN SYAITAN DGN MANUSIA

sebab ini berpunca dari JIN yang kufur dan SYAITAN kerana perasaan permusuhan yang bermula dari zaman NABI ADAM a.s. sehinggalah ke hari kiamat.SYAITAN berusaha untuk menghancurkan kehidupan manusia dengai pelbagai cara.Diantaranya menganggu manusia dengan pelbagai penyakit agar mereka bermusuhan sesama sendiri dan bercerai berai.

TANDA2 TERKENA GANGGUAN INI:
1)rasa sempit dada(tertekan) terutama di waktu malam.
2)suka menyendiri
3)menjadi pelupa
4)rasa lemah dan malas
5)ketakutan yang tidak normal
6)perasaan marah kepada orang yang disekitaarnya dan banyak buruk sangka
7)selalu sakit kepala(bukan dari penyakit yg dinyatakan doktor)
8)berpeluh ketika tidur
9)mengalami mimpi yang menakutkan

2)MENDORONG HAWA NAFSU

iaitu syaitan membisikkan kepada manusia agar menurut hawa nafsu dengan melakukan maksiat,atau syaitan membisikkan kepada seseorang agar mengajak orang lain melakukan maksiat.

syaitan tergolong kepada JIN dan manusia,ada jin yang menjadi syaitan dan ada juga manusia yang menjadi syaitan.Ini dinyatakan dalam surah AL AN`AM 112.

Dinamakan syaitan manusia kerana mereka tidak mahu kepada kebenaran,malahan mengajak orang lain agar menderhaka kepada Allah.Mereka menghalang orang lain daripada kebenaran islam dan mahu menghancurkan mereka yang berpegang teguh kepada ajaran islam.ianya sama dengan apa yg dilakukan oleh JIN.

TANDA-TANDA MANUSIA YANG DISESATKAN OLEH SYAITAN DENGAN HAWA NAFSU:

1)Tidak mahu berzikir mengingati Allah.
2)sukakan maksiat dan mengajak orang lain melakukannya
3)gembira dengan maksiat yang dilakukan
4)benci beribadah dan menjauhi daripadanya
5)benci kepada orang yg berdakwah kepada jalan ALLAH.
6)cerdas berfikir dalam perkara maksiat
7)fikiran menjadi lembap memikirkan kebaikan
8)suka mendamping ahli maksiat dan fasiq,malahan berasa tenang bersama mereka
9)benci mendampingi orang2 yg soleh malahan berasa rimas bersama mereka.
10)banyak meragui kekuasaan dan kewujudan Allah.
11)tidak tenang apabila berseorangan
12)sering diserang ketakutan tanpa punca

Sunday, January 16, 2011

orang bertanya:tidakkah ibadat dalam islam nampaknya membebankan?Tengok orang beragama Hindu atau Kristian,ibadat mereka hanya sekali sekala atau seminggu sekali.MARI KITA SELESAIKAN SALAH FAHAM INI.

JAWAPAN:Ibadat dalam islam ialah TANDA PENGABDIAN DIRI kepada Allah.Ia bertitik tolak daripada tahap keimanan seseorang.Kalau iman kuat,ibadat akan dilakukan dengan mudah.

Ibadat dalam islam boleh dibahagikan kepada dua iaitu IBADAT KHUSUS dan IBADAT UMUM.IBADAT KHUSUS merangkumi solat,puasa,zakat,haji dan sebagainya.Manakala IBADAT UMUM pula ialah setiap amalan yang diniatkan kerana Allah.Bekerja mencari rezeki adalah ibadat jika kerjanya halal dan niat kerana Allah.Aktiviti sosial juga adalah ibadat.

Tanggapan bahawa ibadat dalam islam membebankan perlu diteliti dengan wajar.Asasnya agama bukanlah perkara yang membebankan inilah yang disebut dalam Alquran:
MAKSUDNYA:dan Allah tidak menjadikan kamu dalam agama daripada kesempitan(surah ALhajj:78)

Setiap ibadat sudah pasti mempunyai hikmah yang tersendiri.Sebagai contoh:wuduk dimana kita perlu MEMBASUH MUKA,TANGAN,KEPALA DAN KAKI ada hikmahnya.Jika tiada air maka diharuskan bertayammum.Adakah tujuannya menyusahkan?Ada hikmahnya iaitu agar kebersihan sentiasa menjadi pakaian seorang muslim.

firman Allah,MAKSUDNYA:Allah tidak menghendaki untuk menjadikan atas kamu daripada kesempitan tetapi Allah mahu membersihkan kamu.(surah Almaidah 6)

Sebenarnya ibadat boleh dilakukan dimana-mana sahaja.Solat seumpamanya boleh ditunaikan dimasjid,dirumah,dipejabat,malah boleh juga dipadang bola.Asalkan tempat itu bersih,itu sudah memadai.

Puasa tidak menghalang seseorang untuk terus bekerja,bermain,dan sebagainya.Zakat hanya diwajibkan bagi seseorang yang cukup nisabnya.Maknanya orang yang ada ada sedikit harta barulah dikenakan zakat.Haji pula bukannlah setiap tahun,tetapi wajib sekali seumur hidup.Itu kalau ada kemampuan.Jika tidak maka belumlah ada lagi kewajipan haji.

Dalam Islam,ibadat mempunyai waktunya.Solat ialah rukun islam yang kedua.Untuk menunaikan solat,bukannya payah dan susah.Lima minit sudah mencukupi untuk satu solat.Bayangkan satu hari mempunyai 24 jam,kita hanya memerlukan 25 minit sahaja untuk solat.Satu jumlah yang amat sedikit.

Waktu solat juga begitu fleksibel dan anjal.Pagi untuk solat subuh.Sampai tengah hari,barulah ada solat Zuhur.Biasanya waktu itu memang waktu rehat.Kemudian ada solat Asar.

Begitulah seterusnya,Solat bukan sahaja boleh ditunaikan pada awal waktu,tetapi boleh juga dilewatkan tetapi mestilah dalam kerangka waktunya.KALAU SIBUK dan hanya boleh menunaikan solat zuhur jam 3 petang,SILAKAN~

Ketika berjalan jauh atau bermusafir,solat boleh diringkaskan daripada 4 rakaat menjadi dua rakaat.Ia diistilahkan sebagai qasar.Ada masanya solat boleh dihimpunkan antara zuhur dengan Asar,Maghrib dengan Isyak.Istilahnya ialah Jamak.Ada masanya boleh qasar dan jamak.

Puasa hanya difardhukan dalam bulan Ramadan sahaja.itu bermakna setahun hanya sebulan sahaja.Itupun sekadar siangnya sahaja.Bukan sepanjang hari.Bahkan puasa sendiri diakui mempunyai manfaat yang besar kepada kesihatan tubuh.Kalau begitu,dimana sebenarnya bebanan dalam ibadat.Mungkin ada orang yang sakit dan tidak mampu berpuasa.Dalam hal ini,Quran menyatakan:
MAKSUDNYA:maka sesiapa yang antara kamu sakit atau bermusafir,maka(gantilah) beberapa hari yang lain.(surah Albaqarah:184)

Sebagai tambahan,jika kita sesama manusia,ada yang baik sangat dengan kita tentunya kita akan sentiasa mengucapkan terima kasih kepada segala kebaikannya.Kita mesti terhutang budi dan ingin sesekali membalas kebaikannya.Begitu juga kita dengan Allah.Pelbagai nikmat kita perolehi daripada Allah.Kita boleh hidup dengan mata untuk melihat,telinga untuk mendengar,kaki untuk berjalan,menghirup oksigen yang Allah beri,dan macam-macam lagi nikmatnya.Jika kita nak kira nikmat Allah,Pasti kita tak kn mampu.Oleh itu,ibadat dalam islam boleh diibaratkan sebagai tanda terima kasih kita kepada Allah atas segala nikmat yang diberiNYA.

KESIMPULANNYA,IBADAT DALAM ISLAM TIDAK MENYUSAHKAN DAN TIDAK MEMBEBANKAN.YANG MENYUSAHKAN DAN MEMBEBANKAN APABILA KITA YANG MENYUSAHKAN AJARAN ISLAM YANG MUDAH ITU SENDIRI.

Saturday, January 8, 2011

kita dah buat belum 5 ni~

Langkah pertama kita nak berubah ialah kita harus kembali pada asas kita...bak kata `omputih` BACK TO BASIC....Rasulullah pernah bersabda..mafhumnya..terbinanya islam itu diatas 5 prkara..PERTAMA=MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH,KEDUA=SOLAT LIMA WAKTU=KETIGA=BERPUASA SELAMA SEBULAN DIBULAN RAMADAN,KEEMPAT=MENUNAIKAN ZAKAT.KELIMA=MENUNAIKAN HAJI BAGI YANG MAMPU.....yang paling penting sekali..sempurnakah solat kita yang 5 itu..kalu agak2 tak sempurna..sempurnakan lah dulu....SUBUH,ZOHOR,ASAR,MAGHRIB DAN ISYAK...kita cuba ubah diri kita perlahan2 ye....semoga peringatan yang sedikit ni dapat memberikan impak yang besar pada kita semua~...rukun islam ni semua orang hafal tyme kecik2..tapi tak amal..bile dah besar lupe plak ye...hehehe..JOM KITA BERUBAH....!!!!!

Monday, January 3, 2011

KENALLAH ALLAH..ITU TUNTUTAN PERTAMA AGAMA ISLAM...

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ (١٨٦)سُوۡرَةُ البَقَرَة....
BERMAKSUD:DAN APABILA HAMBA2KU BERTANYA KEPADAMU(MUHAMMAD)TENTANG AKU(ALLAH)KATAKANLAH SESUNGGUHNYA AKU INI DEKAT PADANYA..AKU KABULKAN PERMOHONAN ORANG YG BERDOA APABILA DIA BERDOA KEPADAKU.HENDAKLAH MEREKA ITU MEMENUHI PERINTAHKU DAN BERIMAN KEPADAKU,AGAR MEREKA BEROLEH PETUNJUK...SURAH ALBAQARAH(186)..

Kita sebagai manusia harus sedar yang kita ini sebenarnya adalah hamba yang sangat lemah dan hina disisi Allah...namun,kita juga tidak boleh terlepas daripada membuat dosa.Setiap manusia pasti melakukan dosa.Kadangkala kita tersasar jauh melupakan Allah.kita bergelumang dengan dosa yang amat banyak.Kita perlu tahu,Allah itu maha pengampun..kita jangan sangka Allah telah melupakan kita,padahal yang sebenarnya Allah sentiasa dekat dengan kita.BERTAUBAT lah daripada dosa-dosa kita dan carilah Allah..Allah itu dekat..semakin kita nk dekat dengan Allah..ketenangan pasti hadir dalam hidup kita.Kita selalu baca basmalah kn
...بسم الله الرحمن الرحيم...namun kita terlupa nk menghayati maksud basmalah tu...MAKSUDNYA:dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyanyang...kasihnya Allah kepada semua hamba-hambanya tidak kira lah islam ataupun yang bukan islam...semua dapat hirup oksigen daripada Allah,semua dapat hidup,semua dapat nikmat melihat.mendengar dan macam-macam lagi.Allah tidak minta bayaran pun...tapi yang pling penting MAHA PENYANYANG khas untuk kita orang islam..sayangnya Allah kat kita lebih kasih Allah daripada hamba-hambanya yang bukan islam...KASIH dan SAYANG mempunyai maknaya yang berbeza..kita KASIH kepada haiwan kita beri makan,perlindungan,dan sebagainya,tapi SAYANG kita kepada keluarga kita,tentu tak samakan dengan kasih kita kepada haiwan...oleh itu,Carilah  ALLAH...jangan berputus asa dengan rahmatNYA.