nuffnang ads

Saturday, December 15, 2012

AMBIL HATI

assalamualaikum..

Minggu demi minggu akhirnya Maharaja lawak mega sudah sampai ke minggu yang ke lima sekarang ini.Kita dapat saksikan bahawa persaingan yang begitu hebat berlaku antara para peserta.Namun begitu bukan lah maharaja lawak mega yang saya ingin cuba sampaikan,tetapi yang ingin saya sampaikan ialah tentang simpulan bahasa malaysia iaitu mengambil hati.

Mengambil hati bermaksud ialah memuji seseorang atau cuba untuk memberikan penghargaan kepada seseorang.Maksudnya lebih kurang hampir dengan `bodek` la bahasa mudahnya.

sila layan video ini



















Sudah kita maklum kumpulan Saywho ialah sebuah kumpulan daripada indonesia yang turut sama bertanding dalam merebut gelaran maharaja lawak mega 2012.Pada minggu ini dapat kita lihat mereka pandai membodek atau mengambil hati penonton-penonton di malaysia dengan memuji orang kelantan,artis-artis malaysia dan sastera orang melayu malaysia.

Kadangkala tanpa kita sedari,faktor mengambil hati ini amat kita perlukan didalam kehidupan kita seharian.Ini boleh diaplikasikan ketika situasi-situasi yang berikut.

1-ketika hendak memulakan perbualan

2-ketika menjalani temuduga

3-ketika bertandang ke negara orang(memuji penduduk tempatan)

4-menjernihkan hubungan dua pihak yang tegang ketika terjebak didalam sesuatu perselisihan faham,

5-Ketika hendak melakukan pengucapan awam(memuji audien)


Apabila kaedah mengambil hati ini betul-betul dipraktikkan dalam kehidupan kita,ketahuilah bahawa kita juga akan turut sama rasa dihargai oleh orang-orang yang berada disekeliling kita.Menjadi lumrah manusia apabila dihargai,kita akan rasa lebih berani dan lebih yakin menjalani kehidupan seharian.

HARGAILAH YANG LAIN UNTUK DIHARGAI.

Friday, December 14, 2012

Cinta halal

Assalamualaikum warahmatullah

Saya baru sahaja menonton cerekarama yang disiarkan di tv3 ini.Tajuknya seperti semua tahu ialah CINTA HALAL yang diterbitkan oleh zeel production dan diarah oleh saudara azmi hata.Telemovie ini telah dibintangi oleh pelakon-pelakon tanah air yang berbakat besar seperti Fahrin Ahmad,Nur Fathia,mahmud Ali basha,lydiawati dan ramai lagi.Telemovie ini mengisahkan tentang seorang gadis yang beperwatakan kasar di beri nama ismi hazariah yang cuba untuk memikat majikannya yang bernama syed mukhriz lakonan fahrin ahmad.

Bagi saya telemovie ini bersifat santai dan sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.Mesej yang dibawa jelas dan mudah di fahami oleh semua golongan.Isu haram dan halal cuba diterapkan dalam jalan cerita telemovie ini.

Namun begitu,terdapat sedikit kepincangan yang ramai pihak terlepas pandang iaitu dialog fahrin ahmad yang berbunyi `saya dengan awak bukan MUHRIM`.Perlu diketahui Muhrim ialah bermaksud orang yang sedang berihram.Jika ingin memberi maksud orang yang haram berkahwin seperti keluarga dan adik beradik yang sebetulnya ialah MAHRAM.

seterusnya di scene yang terakhir antara Ismi lakonan nur fathia dan Syed mukhriz lakonan fahrin ahmad di dalam kolam juga bagi saya membawa kepada unsur penghinaa kepada hukum halal dan haram didalam agama islam itu sendiri.Perlu di ingatkan dalam keadaan darurat dan bahaya diboleh kan lelaki menyentuh wanita untuk tujuan keselamatan dan nyawa.

Pendapat saya secara keseluruhannya telemovie ini ialah telemovie yang bagus.Jalan cerita yang mantap disamping menerapkan mesej-mesej yang ringan agar mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.semoga lebih banyak lagi telemovie berunsur komedi ringan begini dapat dihasilkan oleh penggiat seni tanah air.

komen saya: Nur fathia sememangnya manis apabila bertudung..:-)

Tuesday, September 25, 2012

KEHIDUPAN BARU KINI BERMULA

Sudah genap setahun aku bergelar pelajar yarmouk university of jordan.Selama setahun aku bersusah payah di jordan dengan masalah air,masalah rumah,masalah duit,masalah untuk berkomunikasi masa jadi budak junior dulu,ku dikejutkan dengan satu sms yang berbunyi `TAHNIAH LAH DAPAT MADINAH`. Namun,sms tersebut aku endahkan sahaja,kerana orang yang menghantar sms itu bagiku tidak la thiqoh mana,mungkin dia saja nk menyakat aku. Kemudian wall facebook aku pula di post oleh seorang kawan link penerimaan pelajar ke universiti islam madinah tersebut.Apabila aku melihatnya, akhirnya aku yakin nama SHAHRIL BIN MOHAMAD didalam senarai pelajar yang diterima masuk ke madinah itu adalah nama aku. Namun,berita gembira bagi kebanyakan orang itu tidak la gembira bagi aku.Ini kerana aku sudah mencintai negara jordan dan kehidupan di sana.Menjadi sukar bagiku untuk membuat keputusan.

Orang pertama yang aku bertanya kan pendapat tentu sekali parent,gaya mereka memang menggalakkan aku pergi.Alasan utama mereka ialah biasiswa yang ditawarkan kerajaan arab saudi kepada pelajar-pelajar yang diterima masuk memang agak menyenangkan kita. Disamping itu pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang aku jumpa pun berpandangan yang sama.

Berbeza pula dengan orang-orang muda yang aku jumpa,kebanyakannya mahasiswa. Soalan yang wajib mereka akan tanya ialah.`kau nak jadi wahabi ke`? `kau nak masuk umno ke`?.. Ada dikalangan mereka memberi pendapat untuk aku tidak ke madinah ialah kerana sebab tersebut. Bagi aku itu bukan sebab yang kuat untuk aku jadikan ia sebagai punca utama jika aku tidak ke madinah. Dalam fatrah dilema itu, aku selalu la post2 status kt facebook,aku rasa yakin ramai dah menyampah bila baca.Namun,aku tertarik dengan satu komen oleh seorang ustaz PHD di amman jordan, beliau komen,`menjadi tradisi ulama` silam banyak tempat menuntut ilmu`.. aku baca komen itu rasa macam terkesan sangat.

Dijordan,aku tak pernah fikir nak jadi ulama`,nak menyebarkan agama islam,nak jadi seorang pendakwah,nak jadi `ustaz`ke.. `pegawai agama` ke.. Aku cuma fikir aku nak score exam ja setiap semester.Aku akan cuba sedaya upaya nak dapat markah yang tinggi dalam peperiksaan.Aku langsung tak pernah terfikir dan balik malaysia nanti nak bawa ilmu yang banyak.Mungkin aku dah banyak lari dari tujuan asal aku belajar agama time aku sekolah menengah dulu. Bila sudah sampai di universiti aku semakin jauh dengan niat asal aku bila aku semakin berilmu.Keseronokan aku untuk berjaya dalam peperiksaan bermula apabila ada subjek yang aku dapat rendah,ada subjek yang aku dpt tinggi, aku sedaya upaya nak meninggikan markah semua subjek.Sehinggakan kelas-kelas talaqqi dah jarang pergi,ceramah-ceramah di masjid universiti dah jarang hadir sebab sebuk je study kat rumah dan perpustakaan.

Bila aku beristikharah,aku fikir ada hikmahnya Allah pilih aku ke bumi nabinya.Setelah dua tahun permohonan aku ke sana menyepi,tiba-tiba ia muncul dengan tidak disangka-sangka.Aku fikir ada baiknya aku berhijrah,mungkin rezeki aku disana,bukan di jordan.Mungkin disana Allah dah sediakan yang lebih baik untuk aku daripada di jordan.Selama hidup aku berjaya daripada PMR,SPM dan STAM pun semuanya hasil rezeki Allah kepada aku,jika nak dibandingkan dengan usaha aku memang tidak layak untuk berjaya dalam hidup.Oleh yang demikian,aku yakin kejayaan aku yang seterusnya ialah di universiti islam madinah.Aku bertekad untuk meneruskan pengajian dalam bidang syariah dan menjadi seorang ulama` yang tidak akan memfobiakan islam dengan fatwa hukum-hukum yang syadid,aku ingin membela agama Allah,aku ingin melontarkan idea-idea yang matang demi kesejahteraan islam,aku ingin berdebat dengan ustaz-ustaz yang aku tidak berapa setuju dengan idea-idea mereka,aku ingin mudahkan manusia untuk memahami islam dan mendekati pencipta mereka.Kini bermula langkah aku sebagai seorang pelajar universiti islam madinah. Aku pasti dihadapan aku ada bermacam jenis dugaaan dan cubaan,mohon doa semua,agar diri ini tetap berada dijalannya,moga thabit dengan ilmu yang dimiliki

Wednesday, July 18, 2012

HARTA KARUN

Setiap rezeki manusia Allah catatkan tidak sama.Kadangkala ada yang dapat lebih dan ada yang dapat kurang.Namun,Allah tidak pernah menzalimi hambanya.Lebih mahupun kurang itu berdasarkan pengetahuan Allah yang maha luas.PengetahuanNYA meliputi seluruh alam semesta dan isinya.Dia tahu yang mana terbaik untuk kita.Mungkin lebih baik untuk kita ataupun kurang baik untuk kita.

Tidak perlu mengeluh dengan ketetapan tuhan.Usaha yang gigih dalam masa yang sama tidak boleh dilupakan.Cuba bawa diri menghayati erti syukur di lubuk sanubari yang dalam.Apa yang hendak disampaikan dalam entri kali ini ialah bagaimana untuk mencari HARTA KARUN bagi diri kita sendiri,Setiap manusia yang berjaya dan mendapat sesuatu yang bernilai dalam dirinya pasti akan membuatkan kita berasa teruja,cemburu dan sebagainya.Diri kita tertanya macam mana aku nak jadi macam dia?apa yang dia buat?
Ini memamg harus timbul dibenak hati kita.

Namun.kesilapan terbesar kita ialah meniru atau mengikut seratus peratus apa yang dilakukan oleh mereka-mereka yang berjaya tersebut.Contoh dia mengatakan tips die berjaya ialah begini begitu ini dan itu,dan sebijik kita tiru cara dia.Setiap manusia itu berbeza daya dan caranya.Mungkin ia mampu tapi anda tidak mampu,kesan yang akan anda dapat apabila membuat perkara yang anda tidak mampu ialah kegagalan yang seterusnya.

Perkara yang harus kita lakukan ialah cuma mengambil ilham sahaja dari kejayaan mereka tersebut.Selepas itu cuba aplikasi kan ia dengan mencari apa bakat kita dan cara kita yang terpendam.Kita akan berjumpa dengan `HARTA KARUN` kita selepas itu.

Samalah didalam proses mencari jodoh atau pasangan hidup.Kita lihat ramai rakan-rakan kita yang berbahagia dengan pasangan mereka masing-masing.Kita pun berkeinginan untuk mencari pasangan,namun tidak tahu caranya.Pertama sekali mesti mengenal diri kita sendiri dengan sebaiknya.Diri kita sendiri pun kita tidak kenal dalam sesetengah waktu.Apabila sudah mengenal diri sendiri,tentu kita akan faham apa yang kita perlukan dan apa yang kita perlu cari untuk memperbaiki diri.Dari itu lah kita akan dapat cara yang mudah dalam mencari pasangan hidup.

Harta karun yang bakal kita jumpa nanti adalah kunci segala kunci untuk kita buka pintu demi pintu kejayaan diri kita.Ingatlah,setiap dari kita ini ada kelebihan masing,ada rezeki masing-masing dan ada kemampuan masing-masing,cuma yang menghalangnya adalah diri kita sendiri.Kita lah penentu apa yang kta capai,apa yang kita akan dapat,siapa isteri atau suami kita dan siapa kita 10 tahun akan datang...

PALING PENTING...

DENGAN IZIN ALLAH..

USAHA DOA TAWAKKAL:-)

Monday, July 16, 2012

MATANG

Pagi-pagi buta dah dapat `chat` dari kawan malaysia yang mengatakan dia akan berkahwin tidak lama lagi.Sebenarnya tidak rasa apa-apa pun sebab tahun ni sahaja banyak undangan perkahwinan yang diterima,belum masuk lagi yang tak diundang atau tak nak mengundang saya.haha..Memang murahlah rezeki diorang sebab dapat kawin awal.

Actually,diorang ni kebanyakannya umur sama je dengan saya,kalau ade yang tua pun tak lari jauh mana pun dari umur saya.Terbit juga di sanubari ini,kenape diorang mampu kawin awal dan aku tak mampu?Persoalannya hendak ataupun tidak.Hati saya kata macam tak nak.Nak tumpu pelajaran sampai boleh score pointer yang bagus,tapi kadang-kadang rasa juga keinginan tersebut,kalau berjaya pun tiada teman disisi tak bermakna juga ye..jiwang tahap dewa tu.hihi

Bila bermuhasabah dari situ dah saya nampak perbezaan antara saya dan mereka.Mungkin mereka tak pernah berfikir macam mana yang saya fikir,mungkin mereka lebih tekad dan matang dalam berfikir dan membuat keputusan sedangkan saya masing separa matang dalam berfikir,Perkahwinan ini bukan berkonsepkan duit dan kemampuan secara keseluruhannya biarpun itu juga menjadi asas kepada rumahtangga yang harmoni.Namun,kematangan seseorang itu juga menjadi simen yang kuat agar rumahtangga yang dibina kekal kukuh dan utuh.

Faktor usia tidak menjadi pengahalang kepada perkahwinan.Kita lihat ramai sahaja anak-anak muda yang berfikiran 20 tahun lebih tua daripada umurnya dan ada juga orang-orang tua yang berfikiran lebih muda daripada umurnya.Matang itu suatu perkara yang subjektif.Ia tidak berkembang selari dengan peningkatan umur tetapi ia lebih kepada usaha seseorang itu untuk mematangkan dirinya.

Proses kematangan berlaku dengan pelbagai faktor,Antarnya ialah ilmu yang ditimba,semakin banyak ilmu semakin bertambah matang lah seseorang.Ini mungkin hujah yang boleh orang pertikaikan juga.Pengalaman yang banyak dan mencabar juga menyumbang kepada faktor kematangan individu.Itu sebab orang yang selalu belajar jauh-jauh ni lebih matang daripada yang belajar depan rumah je.Sebab pengalaman yang ditempuhi setiap hari mematangkan dirinya,pengalaman itu juga mengajarnya erti berdikari,berfikir dan bertindak dengan betul.

Wanita lebih matang daripada lelaki????

betul ke?bagi saya ia betul,bagi sesetengah perkara sahaja.Sesetengah perkara yang lain mungkin lelaki lagi matang daripada wanita.Memang benar wanita akan mencapai akil baligh lebih awal daripada lelaki.Namun itu tidak membawa makna wanita itu lebih matang daripada lelaki.Sematang-matang wanita kita dapat dengan cara ia menjalani kehidupan,ia seperti seorang lelaki yang kental menjalani kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan dengan didalamnya masih mengekalkan sifat-sifat semulajadi seorang wanita.Kematangan wanita ini lah menjadikan wanita dapat membawa kandungan anak didalam rahimnya selama 9 bulan,meyusukan anak,mendidik anak,melayani suami dan mentadbir keluarga dengan kasih dan sayang.

Berbeza dengan lelaki,kadangkala sifat kematangannya akan tercabar dengan sifat egoism yang terdapat dalam dirinya.Ia sukar untuk dipisahkan antara keduanya.Muncul la seorang wanita yang matang untuk saling melengkapi dan bertolak ansur dalam kehidupan suami isteri.Suami membawa masalah si isteri matang menasihatinya dan menguruskannya.

bagaimana nak jadi matang ni???

cadangan pertama:sedar atas kewajipan diri sebagai hamba Allah,pelajar,anak.suami

cadangan kedua:Banyak menimba pengalaman dan mencari nilai-nilai dalam setiap perkara yang ditempuhi

cadangan ketiga:sentisa berdamping dengan orang yang lebih matang

cadangan ketiga:cuba cari kelebihan diri dan jangan terikut-ikut dengan kelebihan orang lain

cadangan keempat:sentiasa bermuhasabah diri dan perbaiki kesilapan dari masa ke masa.

Wednesday, July 11, 2012

PILIHAN






              OR








seorang wanita biasa.Dilihat tiada siapa yang pasti terpikat.Sekarang,kita mula Tanya pada diri masing-masing,wanita yang lelaki suka itu bagaimanakah ciri-cirinya?Jika saya bisa menemukan 1000 ribu orang untuk memberikan pendapat,pasti saya akan dapati 1000 juga pendapat yang berlainan.

Persoalannya,kenapa perlukan perlbagai tafsiran untuk ciri-ciri wanita idaman lelaki itu?tak cukup ke kite mempunyai satu fikrah yang sama,kita kan sama-sama lelaki,tiada beza pun.sebenarnya ini satu persoalan yang kurang bijak.Dilihat pada makanan pun ramai yang mempunyai pelbagai selera.Org jawa seleranya tidak lah sama dengan orang banjar.Orang Arab pula tidak la sama selera dengan selera orang melayu.Itu la sebab kita ini berbeza.

Terfikir dalam hati,macam mana wanita itu boleh kahwin dengan lelaki itu dan ini?Jawapan Tepat ialah ini adalah Jodoh.Macammana dia buat pilihan?jawapan yang tepat Tanya la dia sendiri.Kalau kita Tanya kepada sesetengah golongan remaja,mereka akan berkata saya pilih dia sebagai teman saya sebab dia cantik,HOT,senang bawak jalan-jalan,otak dia boleh masuk dengan saya.Beralih kepada golongan-golongan yang lebih dewasa,ada yang menjawab saya memilih dia supaya die dapat mengubati kekosongan dihati saya,dia pandai berjenaka,die pandai masak,die memahami saya…bla bla..kita akan lihat jawapan yang dewasa lebih matang daripada yang remaja.Belum lagi Tanya golongan-golongan agamawan ni,kalu yang syadid sket tu,katanya.saya mahu seorang srikandi,seorang bidadari dunia,seorang yang seperti khadijah,seorang yang boleh berjihad bersama saya,seorang yang hafal 3o juzuk quran,1000 hadis beserta sanadnya.

Hidup ini adalah pilihan bukan?Bagi saya mencari kesempurnaan dalam hal memilih pasangan ini adalah merugikan diri sendiri.Kita seharusnya mencari kekurangan untuk kita saling melengkapi.Jika kita mencari kesempurnaan seratus peratus,apabila kita terjumpa kelemahannya kita mungkin akan mengalami kejutan yang boleh melunturkan cinta kita.

Sabda nabi s.a.w:تنكح المرأة لأربع,لمالها,ولحسبها,وجمالها,ولدينها,فاظفر بذات الدين تربت يداك(al-bukhari)
Maksud hadis tersebut adalah Rasulullah menyarankan kita agar mencari jodoh kerana hartanya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya.Maka pilihlah yang beragama maka beruntunglah tangan kamu.

`beragama` itu saya akan kupas dalam post-post yang berikutnya insyaAllah.

jom layan lagu yang sedang popular skrg]


Aku tak bisa mengatakan perkataan
Kelu lidah bila berdepan kamu
Percaya pada naluri hatiku
Yang nyata sudah ada depan mata

Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku

Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku



Saturday, June 9, 2012

DOA UNTUK IBU DAN AYAH




Alhamdulillah...selamat kembali daripada 2 tanah haram iaitu mekah dan madinah hari ni.Memang terbaik duduk dalam bas selama sehari.seluruh badan Kebas tak terkata.Ketika di sempadan masuk ke arab saudi.berlakunya pemeriksaan yang teliti oleh pihak imigresen.Mujur bas kami cume mengambil masa dua jam sahaja untuk diperiksa pihak berkuasa.Beratus Bas beratur menunggu giliran masing-masing.Ketika didalam perjalanan,ketua umrah tiba-tiba mengubah rancangan untuk terus ke mekah bagi menunaikan umrah,rancangan asal ialah ke madinah kemudian baru ke mekah untuk tujuan umrah.Dalam kepenatan duduk didalam bas selama sehari,terus ke miqat dan berihram disane.perjalanan dari miqat ke mekah mengambil masa 6 jam lebih juga.sampai ke mekah pada waktu asar.keadaan panas di mekah yang lebih dahsyat daripada jordan memang memeranjatkan.pertama kali nampak kaabah hati rasa teruja.pertama kali tawaf terasa sayu hati ini.pertama kali saie terasa diri ini hanya lah hamba tidak lebih dari itu.Mekah dan Madinah dipenuhi dgn bangla,india dan indon.Matlamat yang satu hanya la untuk mencari REZEKI.Ramai manusia yang cuba mencari fadhilat yang seafdhol mungkin di mekah dan madinah namun terlupe hubungan sesama manusia juga perlu dijaga.pelbagai ragam yang dipamerkan manusia yang datang dari seluruh dunia..ada yang datang cuma untuk mencari org yang dah mati..ade yg datang nak doa makbul.ada yang datang nak merasa perkara-perkara ajaib.ada yang datang nk shopping saja pun banyak..macam-macam..adapun sepanjang saya tinggal di mekah dan madinah tiadalah apa-apa perkara ghaib dan pelik berlaku.hanya merasa diri dekat dengan ALLAH.. dan RASULULLAH.

SAYA BERDOA SEMOGA IBU DAN AYAH SAYA DAPAT MENJEJAKKAN KAKI KE SANA PADA TAHUN INI DENGAN SELAMAT BAGI TUJUAN MENUNAIKAN HAJI.



Wednesday, March 21, 2012

Peranan muslim dalam membentuk Masyarakat bertaqwa

Peranan muslim dalam membentuk masyarakat yang bertaqwa
Hadis Rasulullah S.a.W mafhumnya:setiap daripada kamu ialah pemimpin.Sebelum kita pergi lebih jauh,marilah kita mengkaji apa itu masyarakat bertaqwa.Masyarakat adalah orang-orang yang hidup bersama dan menghasilkan kebudayaan.mengikut pandangan selo sumardian,manakala maksud taqwa pula ialah kata pinjaman daripada bahasa arab yg bermaksud Maksud taqwa ialah menunaikan perkara yang diwajibkan oleh Allah ta’ala serta meninggalkan perkara yang dilarang olehNya.
Hamba Allah yang bertaqwa itu adalah mereka yang menunaikan kewajipan dan meninggalkan larangannya.
Sekiranya mereka mati dalam keadaan tersebut nescaya mereka terpelihara dari azab neraka dan akan terus dimasukan ke dalam
syurga .
Namun persoalannya,adakah kini kita hidup bersama-sama sebuah masyarakat yang bertaqwa?Lihatlah diMalaysia,betapa runcingnya gejala-gejala social,kes-kes jenayah semakin meningkat,keruntuhan akhlak,dan sebagainya.Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?kerajaan?keluarga?guru-guru disekolah?atau kita sendiri?Oleh itu,marilah kita telusuri bagaimanakah cara yang sewajarnya kita ambil untuk membentuk sebuah masyarakat yang bertaqwa.

Pertama:tugas ini perlu dipikul bermula dengan skop yang kecil iaitu keluarga.Kerana institusi Negara terbentuk melalui pembentukan keluarga terlebih dahulu.Keluarga yang bahagia dan bertaqwa kepada Allah pasti akan melahirkan impak kepada masyarakat.Jikalau kita lihat,punca utama masalah sosial di Negara kita ialah keluarga yang porak peranda.Keluarga ialah tempat pertama seseorang itu mempelajari erti kehidupan.Ini bermaksud,setiap anak-anak itu akan mempelajari apa yang ada didalam keluarga terlebih dahulu sebelum mereka di dedahkan dengan dunia luar.Bak kata pepatah,meluntur buluh biarlah dari rebunngnya.

Kedua:sudah menjadi lumrah setiap daripada kita akan sekolah.Tidak kira kini dia seorang arkitek,pemandu bas mahupun seorang pencuri,mereka pasti pernah bersekolah.Ini membuktikan bahawa peranan sekolah dan guru itu amat penting sekali.Kini hamper setiap sekolah mempunyai persatuan dakwah ataupun badan dakwah.Namun,persatuan-persatuan dakwah seperti ini harus diperkasakan lagi dengan sokongan guru-guru dan ibu-bapa samaada dari segi material mahupun sokongan moral.

Ketiga:Peranan penguatkuasa seperti polis diraja Malaysia(PDRM) diperlukan bagi membentuk masyarakat yang bertaqwa.Ini selain daripada membasmi kesalahan-kesalahan undang-undang,pihak polis juga boleh membuat kaunseling kepada pesalah-pesalah.Oleh itu,kini pihak polis telah menubuhkan satu badan iaitu BADAN KAUNSELING AGAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA(BAKAP) kerana sedar akan kepentingan-kepentingannya setelah melihat kejayaan KOR AGAMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA(KAGAT) membentuk masyarakat tentera yang bertaqwa.
Keempat:Pemimpin ialah individu yang paling berpengaruh dalam membentuk sebuah masyarakat bertaqwa.Pemimpin yang memimpin sebuah Negara akan membentuk sebuah kerajaan yang kuat untuk menjamin keamanan Negara.Setiap pemimpin akan mencorakkan kerajaan yang dipimpinnya untuk mencorakkan Negara menjadi baik mahupun sebaliknya.Jikalau kita imbas zaman kegemilangan Melaka,parameswara yang mula memimpin Melaka bukanlah beragama islam pada mulanya,namun dia Berjaya mengislahkan Negara dan rakyatnya untuk turut serta memeluk islam bersamanya.Kita lihat pula pada zaman pemerintahan Dato`Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah cuba mengislahkan rakyat dengan memperkenalkan Islam Hadhari.Selain ItU,di Kelantan telah menampakkan kejayaan membentuk sebuah masyarakat yang bertaqwa olah kerajaan negeri pimpinan Dato` Bentara Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kelima:Peranan pendakwah-pendakwah islam diperlukan juga pada masa kini.Bahkan Masyarakat memerlukan mereka dengan keperluan yang utama.Kita Dapat Lihat ustaz-ustazah ini sudah hangat umpama goreng pisang panas di pasaran kini.Pendekatan dakwah-dakwah yang dilakukan oleh para pendakwah ini kadang-kadang memberi kesan yang paling mendalam kepada Mayarakat.Sebagai contoh ustaz fathul bari,ustaz zamri zainuldin,ustaz zahazan Mohamed dan ustaz zaharuddin telah mewujudkan satu fenomena baru dalam dunia dakwah.

Kesimpulannya:setiap daripada kita mempunyai peranan dalam membentuk masyarakat yang bertaqwa.Ini kerana setiap daripada kita adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai apa yang kita pimpin(mafhum hadis).Bermula daripada skop yang kecil hingga lah kepada yang besar.Sabda Rasulullah:barangsiapa diantara kamu melihat kemungkaran,maka ubahlah dengan tangan(kuasa),jikalau tidak mampu ubahlah dengan lisan,jikalau tidak mampu ubahlah dengan hati,dan itulah selemah-lemah Iman.

Thursday, February 9, 2012

emosi syiria..

terasa sebak mendengar khabar buruk saudara2 ku di syiria..terasa jiwa ku kini sudah tiada lagi dijordan..bahkan di syiria..terasa tidak sanggup untuk play video2 diyoutube berkaitan dengan kekejaman basyar al asad terhadap rakyatnya...mengikut doktor ku..basyar al-asad itu bukannya islam..tetapi kafir yang sengaja masuk kedalam syiah..Ya Allah..bantulah hamba2 mu iaitu saudara2 seislam ku disyiria ya Allah..hanya doa je mampu dikirim setakat ini..qunut nazilah yang menjadi amalan setiap solat fardhu..ya Allah..jikalau pada zaman ku habis belajar nanti..jika malaysia ingin menghantar skot2 PBB ke negara2 yang bergolak..aku lah orang pertama yang akan menawarkaN diri..ya Allah..aku cintakan syahid..dengar sini kepada sesiapa yang bakal menjadi isteri ku kelak..bakal suami mu ini bercita2 ingin menjadi pegawai tentera..thats why i dtg jordan nk mantapkan bahasa arab..dan bakal suami mu ini ingin berjuang sedaya upaya untuk menyertai misi PBB...dan sedaya upaya ingin membantu ummat2 islam dalam misi PBB itu nanti..biar bertaruh nyawa sekali pun..kerana aku sudah biasa hidup senang sepanjang menuntut ilmu ini..biarlah aku berkorban jiwa raga demi keturunan2 mereka2 yang hari ini aku hanya lihat kerebahan mereka dengan lumuran darah di bumi yang dihujani peluru2 buta...jikalau anda sanggup berkemungkinan menjadi janda..anda lah yang saya cari..kerana saya seorang tentera Allah..tanggungjawab saya besar...saya ingin menjadi pegawai tentera kerana saya cintakan syahid...Allah tidak tanya kejayaan kite..tetapi Allah akan tanye usaha kita..ayah saya mungkin sudah terlepas daripada itu kerana ia sudah berjuang menyertai misi pbb selama setahun di western sahara yg pada ketika itu peperangan saudara..tetapi saya???adakah saya dpt menjawab persoalan diakhirat nanti tentang sumbangan saya terhadap saudara2 seislam saya???ya Allah...tekadkan aku ya Allah..matikan aku dalam syahid...aku lah `saifullah` yang merindukan syahid...semoga kau mempertemukan daku dengan insan yang sanggup menjaga keluarga ku disaat ku syahid nanti...:-)

emosi yang tidak dapat dibendung lagi malam ni;-(

Monday, February 6, 2012

Cabaran menuntut ilmu

 
Assalamualaikum....sebelum meneruskan lagi coretan kali ini..marilah kita merenung sebuah peribahasa,`jikalau tak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya`.Peribahasa ini saya kira amat sesuai dengan situasi semua orang yg mengimpikan kejayaan dalam hidupnya.Sebagai seorang mahasiswa,saya amatlah berpegang teguh dengan peribahasa ini.Sudah menjadi lumrah bahawa tiada kejayaan yang datang bergolekkan.Secara jujurnya,pengalaman saya semester yang lepas,memang mencabar.Saya dalam tempoh menyesuaikan diri di perantauan dengan terpaksa berusaha keras demi mencapai pointer yang baik dalam semester lepas akhirnya kecundang dengan emosi apabila tiba musim peperiksaan.Diantara sebabnya adalah kerana faktor stress akibat terlalu mengejar pointer..sehingga pada satu tahap saya sudah tiada minat untuk belajar kerana pada ketika itu susah betul otak saya nk copy maklumat dalam kitab2 arab yang sukar untuk difahami bahasanya..Akhirnya,saya baru teringat,tentang sebuah hadis yg mafhumnya:barangsiapa yang mengutamakan akhirat,maka dunia akan ikut serta,.Mengikut kitab fiqh sirah karangan dr said Ramadhan Al-buty..katanya seorang muslim mesti memperuntukkan masa untuk die bertafakkur yakni berfikir tentang dosanya..tentang apa yg harus dibuat dan penyelesaian masalah2nya.Ia berkaitan dengan peristiwa nabi Muhammmad yg bersendirian di gua hira`.Selepas saya memberi makan ROHANI saya dengan makanan yang secukupnya barulah jiwa terasa tenang dan Alhamdulillah kheir semuanya.Disini saya inigin selitkan sedikit maklumat bahawa dengan banyaknya sujud sel2 otak kita akan menjadi aktif dan mudah untuk menerima maklumat dan sebahagian besar faktor mudah memahami maklumat ialah JIWA YANG TENANG.Alhamdulillah result semester saya yang lepas mantap la jgk...syukur pada Allah..:-)..Kemudian Semester yang baru kini muncul,hari-hari pertama semester dah kena dugaan...dugaannya tiadalah besar mana..sepanjang perjalanan ke kuliah bahasa arab...sepanjang itu lah di BAHAN oleh pemuda-pemuda arab..saya hanya mampu tersenyum dan berkata yang baik-baik..sehingga sampai di pintu kuliah..FUHH lega...tetapi.......KELAS TAK DA....kosong je kelas..doktor tak masuk hari tu...selepas itu dengan perasaan penuh kecewa balik la ke rumah...tetapi dengan ikut jalan lain..sebab teringat gak ada hadis mafhumnya:seorang muslim yang baik tak kan jatuh lubang buat kali kedua`.so tak kan saya nak kena bahan lg kot..saya pun ikut la jalan lain..saya ade sejarah jugak dengan arab ni..gaduh2 itu perkara biasa...tapi saya dah insafkan..nak jadi budak baik semester ini...hihi..ok...semoga jumpa lagi..yg baik jadikan pedoman..yang buruk jadikan sempadan...selamat beramal dengan asas pedoman hidup muslim..:-)

Friday, February 3, 2012

maulidurrasul~

Assalamualaikum buat semua dan salam maulidurrasul.Hari 12 rabiulawal merupakan besday seorang individu yang paling kita cintai iaitu nabi muhammad s.a.w.Marilah kita berselawat kepada baginda tanda cinta kita kepadanya.Namun haruslah kite bermuhasabah,sejauh manakah kita telah mengikuti sunnah-sunnah baginda?adakah kita layak untuk bergelar ummat baginda yang terbaik.Cube kita renung dalam-dalam diri kita.adakah cara hidup kita diredhai baginda?kadang-kadang benda yang terlampau ringkas dan senang diajar baginda pun kita tidak beramal dengannya..sebagai contoh:DOA KELUAR TANDAS DAN MASUK TANDAS..berapa ramai yang istiqomah dengannya?itu sunnah yang mudah la saya kira..dari segi kebersihan..yang kita maklumi nabi s.a.w seorang yang pembersih.adakah kita yakin rasulullah akan berpuas hati bile die melihat kebersihan bilik kita?dapur kita?tandas kita?jujur saya cakapkan..mungkin persekitaran kita tak mengajar kita untuk jadi permbersih...kadang-kadang faktor kawan dengan orang pengotor..duduk dinegara yang ambil ringan pasal sampah ni..contoh saya belajar dijordan..kebersihan jordan lebih teruk jika nak dibandingkan di Malaysia..sampah sarap melambak2..tapi adakah itu semua penghalang terbesar CINTA kita kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a,w?kalau kita cintakan seseorang..kita sanggup lakukan apa sahaja untuk dia kn...`lautan api sanggup direnangi la bagai`..untuk Rasulullah apa pula kesanggupan kita bukti cinta kita padanya?adakah dengan join perakan maulidurrasul setiap tahun?adakah dengan selawat banyak-banyak pada hari maulidurrasul..adakah cuma ckp saya cintakan rasulullah sahaja?itu sudah memadai ke?oh no...anda semua tersilap...marilah kite muhasabah...kite koreksi diri kita..try buat sunnah2 yg mudah yang sudah lama kita tinggalkan itu..bagi saya..mula lah dengan KEBERSIHAN..itu perkara mudah..kerana kebersihan itu lah asas pada ibadat..tk sah solat tanpa wuduk kn?tak sempurna hidup kita jika kita tak cuba jd pembersih mcm Rasulullah...setelah kebersihan kita mantap..barulah kita boleh cuba tiru kepimpinan nabi...keadilan nabi dan benda-benda yg lain...MARILAH KITA BETULKAN DIRI KITA BERSEMPENA MAULIDURRASUL INI...SEMOGA BERMANFAAT UNTUK KITA SAMPAI BILA-BILA..SABDA RASULULLAH...KEATAS MU SUNNAH KU..;-)